Pages

September 21, 2012

Wanita bekerjaya- YAY! Or Nay!?


Semestinya YAY! kenapakah? aku begitu over terhadap tajuk ini?
Kerana kaum sejenisku ini sudah berada dipuncak kerjaya.
Majoriti perempuan dah memonopoli semua ini bukan tiada lelaki lagi (habis nak kawin dengan siapa?)
Masih banyak kaum "gentlemen" berada diluar sana ,masih banyak tetapi level untuk wanita bekerjaya sangat banyak dan memuaskan hati!
baru vogue gittew....
Percayalah para wanita sudah mampu memasuki kerjaya dunia lelaki! kerja-kerja lelaki sudah dibuat wanita,malahan lelaki pun menjadi cantik seperti wanita...opps!haha
Lihat siapa Gabenor bank negara Malaysia yang menjadi A-List world gabenor? Sudah tentu wanita serba boleh yang bernama Zeti Akhtar Aziz, wanita paling berkuasa tahu tak!kenapa? Dialah wanita paling berduit!!haha
Selain dari wanita dalam dunia kerjaya,wanita sekarang sudah mampu untuk bekerja dan menguruskan hal rumah tangga,sekaligus mereka sudah boleh menjadi iron woman!
Lihat sahaja, berapa ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga dan mampu bekerja di pejabat disiang hari dan melakukan segala hal dalam menguruskan rumahtangga, lihat kepada new mummy ini FynnJamal  - beliau sebagai international educator di Rusia, ibu kepada seorang bayi lelaki dan isteri kepada pengiat muzik. Walaupun bekerja beliau masih boleh menjamu keluarganya pelbagai jenis masakan!
Mana aku tahu?setgram kan ado,follow je lah,nanti kau tahu lah!haha. Dalam masa yang sama masih sempat melayan peminat di mukabuka dan lain-lain ( INI IRON WOMAN-bersemangat!!)
Sudah ramai antara wanita yang berjaya dan mampu untuk untuk menguruskan sejuta hal.
Dan ramai lagi wanita yang kuat selain dari mereka yang disebutkan,malahan wanita terkuat dalam hidup i,semestinya Bondaku yang tercinta-wanita yang membesarkan 3orang anak dengan bekerja dikilang plywood,sanggup mandi peluh hanya untuk mencari rezeki,mungkin ALLAH dah beri segalanya buat ibuku kini-Alhamdulilah,kebahagian mengiringi kehidupan Mak di hari ini.InsyALLAH selamaya akan seperti hari ini.
Tetapi Pada masa yang sama, masih ada yang terus bergantung kehidupan pada si lelaki,jikalau si lelaki adalah suami yang memang sah-sah kita punya tidak mengapa kerana duit i,adalah hak i,dan duit suami pun hak i-sukalah macam ni! cepatlah 2013!hahahahaha. Jika sisuami mahukan anda behenti kerja,ikutlah katanya kerana ganjaranya syurga.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah." (Riwayat Thabrani)

Dalam dunia yang moden ini, masih ada wanita yang masih ingin terus bergantung kepada lelaki,nak apa sahaja terpaksa dengan kata lelaki-kalau dah suami takpelah ni masih bercintan -cintun.HOH! Sampai ada yang kena paksa melacurkan diri,tapi masih sanggup dengar cakap orang yang belum tentu menjadi imam-MU! Ada juga jenis yang suka ambil kesempatan atas apa yang ada, jadi pisau cukur @ berus gigi (utuk lelaki pengikis).

So golongan berus gigi ni adalah manusia yang harus dielakkan,takkan nak tanggung orang yang bukan sesiapa ni,Habis semua gaji sebab nak tanggung si berus gigi,mak bapak sendiri pun takde kau nak kasi duit kan!!Janagnlah biarkan diri diperalatkan,Gunakan rezeki tu kejalan yang benar.Ha! kalau duit tu banyak sangat apa kata buat sedekah kepada ornang yang memerlukan bukan kepada BF kau yang pengikis tu..bukannya bodoh,Master holder tapi penganggur!haish!!Berpada-padalah dalam membantu,tiada salahnya tapi janganlah sampai memudaratkan diri ye!akak cakap atas pengalaman! Tetapi berdoalah kepada pencipta kerana DIA maha Mengetahui! Mari sama-sama kita :

Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Jangan bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak berdaya kami memikulnya.Dan maafkan kesalahan kami serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir.
( Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Apa yang berlaku ada hikmah-NYA.



1 comment:

  1. suka last caption "don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness"
    :)

    ReplyDelete