Semua orang akan ada impian kan nak ke negara orang..
Terutama negara 4 musim dan pastinya negara itu bukan negara islam...
Bukannya ada masalah tetapi ada banyak benda yang kita harus ambik tahu dan ambik berat ketika disana.
Jadi mari kita kongsi beberapa tips yang berguna kepada semua dan telah berjaya saya gunakan semasa berada di UK dulu...
1) Sim Card
Bukan tak boleh nak guna simcard yang kita guna sekarang,Cuma mahal sangat. kalau guna maxis tu mmg mahal woo...yang lain kurang pasti.
Jadi bila dah touch down dibumi UK atau mana-mana. Dekat airport biasanya akan ada simcard booth. so bolehlah beli simcard utk guna selama 30hari. Hanya £10 utk topup, simcard free ok. Klaua pengguna Blackberry tu bolehlah guna bbm and whatapps sesuka hati kerana £5 untuk 30hari. Jimat kan, so bolehlan call ke country home sesuka hati sahaja. Simcard yang paling senang mestilah Vodafone.
2) Toiletries
Tak perlu bawa dari Rumah, buat berat beg je. So boleh beli kat boots atau superdrug. harga agak berpatutan (jangan convert) Sebab barang sana lagi best...hahhaahahha. Sebab harga shampoo dgn condition tresemme tu baru £3.99 and besar boleh pakai sebulan. Superdrug tu macam guardian kat sini.
3) Makanan
Ada banyak kedai makan tetapi nak jumpa kedai yang ada jual nasi tu agak susah. And ada banyak fast food, kadang-kadang kita akan ada rasa was-was tapi kena cari kedai yang betul-betul. so sepanjang kat sana kedai terbaik adalah indian food. Sebab ada nasi dan makanan biasanya based on kacang-kacang. Tapi kalau rasa tak kisah dgn pork free tapi tanpa tanda halal, ada banyak kedai yang boleh makan. Biasa pagi dah tak perlu risau, sebab hotel akan sediakan sarapan tapi basic British breakfast (menu yang sama setiap hari) DAN Jangan makan daging, ham,bacon, sausage or apa-apa berkaitan sebab semua adalah dari pork. Walaupun cravings gila. Bukan mcm kat malaysia, ham pun dari beef atau ayam kan. So makanlah potato baked @ hash-brown. Still kenyang. Tapi the most basic drink is coffee and tea. Kalau boleh bawa lah 3in1 banyak2 sebab barang kita lagi sedap.hahahaha. Maggi ke, bubur dalam cup pun bawaklah. Sebab tekak melayu susah nak accept mknan ok. Tapi makanan sangat murah. £10 dah boleh makan macam2. Klau suka minum starbuck or coffee, boleh everyhour minum sebab satu air baru £1.45.
4) Duit
Bawa duit max £500 dalam matawang mereka dan selebihnya bawak dalam duit kita. Sebab bank dan atm dorg sangat tak friendly. Foreign card memang tak terima. sebab tu kena ada duit dalam matawang kita, sb money changer sana lebih bagus!
5) Shopping
UK adalah the best shopping palace. sebab branded item yang direject tp tak lah reject sangat boleh beli dekat TK MAX (Harga memang murah gila!) sebab i beli Marc jacob shades harga £16 sahaja. Mana nak dapat?
So memang akan puas hati gila. Kalau harga kasut Ralph Lauren pun £20 takkan tak ambik ok. Heaven gila sebab dapat beli barang murah. Tapi kalau suka lagi murah, UK ada Primark, ada baju,kasut, accessories,dan macam-macam lagi untuk semua orang dan peringkat umur. harga start £1 ok... and memang cnatik gila. so luggage tu dari tanah air tak pyh bawa banyak baju sebab boleh beli kat sana and pakai terus. Kira luggae tu untuk letak barang belian dari sna. Ada banyak lagi shop yang murah dan cantik.
Perfume pun murah 30ml for £17. wo! boleh gila. Tapi kalau UK brands lagi murah.
6) Kiblat dan solat
Walaupun UK bandar bersih tetapi, kita tak boleh nak solat kat tepi kaki lima sebab banyak benda kotor kat whole street. Orang yang hangover biasanya akan kencing merata, split merata walaupun Majlis perbandaran(ahahahah) akan cuci street setiap pukul 4.30am tapi kotoran tu still ada. jadi kat bilik hotel atau rest room (bukan toilet) adalah tempat yang bersih untuk solat. Kiblat kita kena cari sendiri, dalam smartphone kan ada kiblat compass, so boleh carikan untuk kita. Paling senang cari surau kat university, sebab ada banyak student muslim. So boleh share. Senang.
7) Coat dan boots
Boleh bawa dari malaysia tapi beli kat sana lagi murah. Lagi pula, coat sana lagi tebal. Kalau sales boleh dapat £35 utk long coat. selesa lagi. kalau boots pun sama, £19 pun dah dpat yang sangat selesa untuk kaki.
Tak perlu bawa dari sini sb mmg berat.
8) Transportation
Sudah tentu Metro (train dan bus) murah dan cepat. Kalau long distance boleh naik train dan bus, tapi kalau short distance..jalan kaki paling baik sebab cab sangat mahal!! 3minit perjalanan pun dah £10 ok. So boleh check and booking dgn website metro tu. Kalau nak travel jauh , cth: London to Edinburgh- booking awal boleh dapat lagi murah utk return atau one way. Kalau beli dan terus naik harga agak mahal.
So rasanya itu sahaja yang boleh dikongsikan. Sebab segala info ni yang telah saya gunakan disana.
P/S: Bila dah touchdown di airport ambillah map, attractive place, day and nite happening pamphlets dan place to eat. Free of charges, so boleh ambil untuk buat rujukan(kalau travel tanpa agent or first time).
Jangan convert to our money nanti sedih.

No comments:
Post a Comment